Saturday, November 9, 2024

Tersebut dalam sebuah Hadis, Dari RasullullahSAW, baginda bersabda:

 Tersebut dalam sebuah Hadis, Dari RasullullahSAW, baginda bersabda:

"Sesungguhnya Allah mencipta Malaikat.  Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur.  Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat.  Kepalanya di bawah Arasy dan kedua  kakinya di dasar bumi ketujuh.  Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah.  Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam kedalam lautan daru Nur di bawah Arasy.  Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur.  Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohon keampnan bagi orang tersebut sampai hari Kiamat."

Setengah hukama mengatakan, "Keselamatan jasad pada sedikitnya makan.  Keselamatan roh pada sedikit dosa.  Dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat kepada 'Khairil Anam' (Muhammad SAW)."

Allah SAW berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah!  Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat).Takutlah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan"
                                                                                 (Q.S.  Al Hasyr:18)


Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk taat atau maksiat.  Bahkan seluruh anggota badan  akan mempersaksikannya .  Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata, " Dia telah bersolat,berpuasa , berhaji dan berjihad atas ku"  Maka legalah mukmin yang zahid itu.  Ia memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata" Di atas ku dia mushrik,penzina, minum arak dan makan haram" Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika dihisab.

Orang mukmin  adalah orang yang takut kepada Allah  dan seluruh anggota badannya,  Sebagaimana Abul-Laits telah berkata,

"Tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara."
Pertama pada lisannya.  Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah,menyebar fitnah,berbual kosong dan banyak bercakap.  Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada hatinya.  Dia membuang rasa pemusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya.  Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan.  Sebagaiman Rasullullah SAW telah bersabda:

"Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu."Ketahuilah hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya.  Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal."

Ketiga, pada pandangannyaMaka dia suka memandang pada makanan, minuman, pakaian, atau hal-hal lain yang haram.  Tidak pula terpikat kepada dunia tetapi dia memandang dengan mengambil iktibar. Rasullullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram maka Allah akan memenuhunya daripada api pada hari Kiamat"

DrMAZA-Dalam himpunan derita Allah khabarkan ada kegembiraan pd mereka y...,

 


 Ya Allah Tutupkan aib aku dan amankan perasaanku...Kelaparan, kekurangan harta  dan nyawa dan buah2an.  Tapi Apa kata Allah( ni derita semua ni)   Tapi Allah kata..." Wabashshiril soobirin.."Berikan Khabar Gembirakepada orang yang sabar.  Padahal ini semua adalah himpunan derita, tapi dalam himpunan derita Allah suruh berikan khabar gembira,kepada siapa?  Kepada orang yang sabar.  Kemudian Allah describe siapa itu orang yang sabar?  Allah bagi apperience  orang yang sabar dulu sebelum pergi ke hati nuraninya dan akhirnya kita tahu apa yang diucapkan...Allah kata..."Orang2 yang apabila ditimpa musibah, ketakutan ,dihina , miskin, dimaki orang dianiaya orang dipukul orang dizalimi oleh orang lain..." Apabila di timpa musibah,mereka berkata,

Innalillahhiwainnailaihiroojiuun..
Kenapa kholu innalillahhiwainnailaihiroojiun...Kenapa penting?  kerana manusia akan berkata habislah aku ,musnahlah aku, nayalah aku, tapi kalau manusia fikir hakikat kepada kehidupan...Kita tak ada apa2 disini sebenarnya...sementara sahaja... maka ...kita lafazkan innalillahhiwainnailaihiroojiuun...Tak apa kerana hakikat kehidupan bukan disini...hakikat kehidupan dari Allah azawjalla ...Kita ini asal kita ,tanah air asal kita syurga,'  Kita bagaikan musafir...akan kembali tidak beberapa lama lagi... Tak apalah tak selesa pon kita akan kembali tak beberapa lama lagi...
Allah ajar kita ..Innalillah hiwainnailai hiroojiuun..."Kita datang dari pada Allah dan kepada nya kita akan kembali...  So itu tidak adil dalam beberapa keadaan...Ada orang yang baik dia telah dizalimi...ada orang yg bekerja kuat dia tak dapat seperti bekerjanya yg sedikit...pendapatan ,berpuluh kali ganda orang yg susah...tidak kerana kerajinan kita melebihi dia...dan tidak juga kerana kebijaksanaan kita melebihi dia...ALLAH Jalawaaqla... telah mengaturkan kehidupan kepada sebahagian manusia untuk menguji kepada sebahagian yang lain.  Sebab itu Quran menceritakan kepada Qarun kerana kesombongannya" aku diberi harta ini kerana kebijaksanaan ku" kerana kebolehanku...Allah rakamkan perkataan dia yang biadap ini...supaya ia tidak di ulangi oleh orang lain.
Maka kita sebut Innalillah hiwainnailaihiroojiuun." Dunia tidak pernah adil pada banyak keadaan...
Tapi apabila kita tahu kita akan balik, manusia berjuang 30 tahun, 40 tahun barangkali manusia mula senang, 50 tahun dia mula sakit, barangkali 20 hungga 30 tahun dia  menikmati dunia...Apalah sangat di bandingkan dengan akhirat yang kekal abadi...
Islam tidak anti dunia...Tapi dia mengajar supaya manusia dapat bertahan dengan   "' Inna lillahiwainnailaihiroojiuun."..jadi maksudnya apabila orang derita kita bagi kan khabar gembira, Tak apa kita akan balik kepada Allah.  Tak pa, Allah ada...(Orang Melayu ungkap) nice word...
Allah boleh melakukan berbagai cara.  
Allah bagikan dia kesihatan tapi Allah campakkan keresahan ke dalam hati sanubarinya yang tak berkesudahan...Allah yang melakukan apa yang dia mahu, kemudian Allah beritahu ini...orang yang ada perasaan ini

Ya Rabb daku Redhoo sebab aku akan balik padaMu...
Tak apa Allah ada.  Allah boleh bagi kan dia sihat, dan Allah boleh melakukan ALLAH KATA MEREKA ITU SELAMAT DARIPADA TUHAN MEREKA DAN RAHMAT...MaasyaaAllah...Kita selawat kepada Nabi...Allah kata kau sabar...dunia ini kecik aja,dunia ini debu sahaja nak di bandingkan daripada cakarawala yang luas. tetapi jika Allah memberikan kepujian ...memberikan inayahNya kepada manusia...Allah jallawaaqla bukan untuk di bandingkan. tetapi bila Allah berikan perhatian yang khusus kepada hambanya yang soleh..APA NILAI RAHMAT ITU? yang nak dibandingkan dengan kehidupan yang ada.

...MaasyaAllahallah   memberikan ucapan mulia kepada kita.  Dunia ini debu sahaja.  Apabila Allah memberikan ujian Allah letakkan jalan penyelesaiannya, .Allah jalla waaqla tidak ada yg lain untuk di bandingkan dengan segala nikmat itu.   Ya Rabb syukur atas segalanya.  Ya Rabb daku sedari bahawa sekejap sangat hidup ini kerana  daku sedari telah sampai ke usia ini.
Syukur Ya Rabb,  kuatkan daku Ya Rabb.